Khamis, Jun 04, 2009

PANGKOR DALAM SAJAK


PANGKOR DALAM SAJAK

( i ) 1848
kerana kaya sengsara selalu hampir
bijih timah dilombong
meruangkan kongsi-kongsi gelap
Ghee Hin dan Hai San di bumimu
Kelian Pauh dan Kelian Bharu
bahang panas lombong terbakar
oleh perebutan kawasan sesama manusia pendatang
sudah terlewat wahai Ngah Ibrahim
Perang Larut tetap membekas dalam cerita bangsa kita.
(maka Inggeris tidak berpuashati
hasil bijih timah perlu untuk Revolusi Perindustrian kami !
kamu tidak fahamkah manusia Melayu ?).

( ii ) 1871
manusia semakin tolol
mencipta sistem dan melanggarinya sesuka hati
Raja Ismail
Raja Abdullah
Raja Yusof, manusia-manusia ini tidak akan tunduk
kerana sistem yang dicipta manusia juga
maka rosaklah Sistem Pewarisan Takhta Perak
kerana manusia-manusia ini berhati dan berkulitkan Melayu.
(maka Inggeris tidak menyukainya
keamanan telak dirosakkan, kami harus kembalikan keamanan
kamu tidak fahamkah manusia Melayu ?).

( iii ) 1874
jemputlah naik ke kapal kami, H.M.S. Pluto
kita selesaikan masalah kamu wahai manusia Melayu
kita ikatkan satu janji
dan kita kenangilah suatu hari nanti
tarikh ini, 20 Januari 1874 !.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
21 Mac 2006.

10 ulasan:

Danielle_Corleone berkata...

saya juga mohon hubung laman saudara. :-)

patungcendana berkata...

perjanjian pangkor ke? aku suka belajar sejarah melalui puisi kau...

kau guru sejarah?

HBM Consultant berkata...

Tidak faham lagikah kau, wahai Melayu?
kisah silam telah menguburkan segala milikmu,
yang kau gadai yang kau jual adalah hartamu,
yang kau cagar yang kau pertaruhkan adalah hakmu
selepas berdekad kenangan berlalu,
kau tetap menjual egomu,
memijak sendiri maruah diri di tepi pintu,
tanpa sedar, kau bukan lagi sesiapa untuk bangsamu!

faziz ar berkata...

syabar sdr Zul.. puisi yang menggali peristiwa sejarah.. membacanya seolah peristiwa itu baru semalam berlalu.. apakah ia bisa diperbetulkan?

Zura Firdaus B. Japri berkata...

sudah bermain dengan sejarah... hahahaha. teruskan! syabas!

dariana berkata...

tkasih.

saya juga bersajak di:
http://keroncongdariana.blogspot.com

mari bersantai.

noorlara berkata...

tanpa kita sedari
atau tak ambil peduli
angkara melayu sendiri
merosak warisan dan jati diri

wahyudi my berkata...

perlu lebih banyak puisi seumpama ini agar anak2 tidak nyanyuk sejarah.

Seri berkata...

bangsaku tak pernah sedar,
peristiwa PKM bantai melayu;
sekarang chin ping nak digelar,
bila melayu nak bersatu.

faziz ar berkata...

chin peng diskripkan oleh mereka untuk mempertajamkan rasis untuk kepentingan mereka yang berkapok pada dahan rasis

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM