Isnin, Jun 01, 2009

SETELAH MAJLIS


SETELAH MAJLIS

hari ini seorang ayah
telah merasai
dia menyempurnakan
hidup anak perempuannya
(setelah dinikahi seorang lelaki
pilihan anaknya itu).

benarkah demikian ?
sedang si anak
belum pun melangkah masuk
ke rumah si lelaki itu.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
16 Disember 2005.

5 ulasan:

_deli berkata...

Salam pertama,
Memang ada kebenarannya; namun yang nyata sebahagian dari dirinya, walaupun tidak hilang telah berlalu pergi ...

noorlara berkata...

seorang ayah hanya bisa berdoa
agar lelaki pilihan putrinya
yg terbaik dari Allah
dan siputri mendapat surga dunia
juga surga di SANA!

Tanpa Nama berkata...

aku belum pernah merasakan, tapi banyak orang berkata. hati seorang ayah akan berasa gelisah bila anak gadisnya sudah jadi isteri orang. takut kalau sianak akan dipersiakan kelak. doakan saja yang terbaik untuk mereka.

HBM Consultant berkata...

Seorang sahabat bertanya, "Pernahkah seorang ayah terfikir bahawa anak gadisnya berasa 'terusir' dari dunia si ayah sebaik sahaja dia dinikahkan?"

Sehingga sekarang, saya gagal menjawab pertanyaan sahabat itu kerana saya hanyalah seorang ibu.

dariana berkata...

begitulah perasaan sesiapa pun jika mahu berpindah ke alam lain...alam berumahtangga, lebih mendewasakannya...

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM