65
( i )
65
ini adalah angka
yang lainnya namakan
sebagai nombor.
( ii )
65
ini ialah suara
ini ialah majoriti
ini juga demokrasi.
( iii )
65
ini ialah kecerdikan
ini bukan untuk dibeli dengan janji sebuah jambatan
ini juga bukan tukaran kepada 11 hadiah untuk rakyat.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
15 Julai 2009.
9 ulasan:
Assalamu'alaikum.
Salam Isra' Mikraj.
almankaraqi.blogspot.com
Salam,
Sekarang semakin sukar mahu dibezakan antara hadiah dan rasuah.
salam sdr zul
mantap sekali berupa bacaan
dan sindiran tajam
semuga mereka yang menghayati
dapat memahami...
jumlah angka yang kecil tapi menentukan kedudukan dua seteru. tajam dan pedas sindiran nie. tapi kata orang siapa makan lada dia yang terasa pedasnya.
11 hadiah untuk rakyat yg tidak pasti dikotakan..:)
65 angka keramat
kalaupun 11 mende tu tak dapat
sendiri mau ingat
PRU13 ko tak kering keringat
pada amarah yg kian menyengat
6 + 5 = 11. (hadiah)
6 - 5 = 1. (1Malaysia)
hmm, numerologi..
:)
Halo kawan? Apa kabar? Sebuah numerologi penuh makna.. Salut.
salam..
ya..
65 juga menjadi kebangan puak-puak
yang berbaris di sana..
mengapa?
;)
Catat Ulasan