Selasa, Julai 14, 2009

TENTANG BANGSA KITA


TENTANG BANGSA KITA

(kepada ramai yang membicarakan isu PPSMI)

( i - 1945 hingga 1946 )
tatkala Hiroshima dan Nagasaki
hancur dimamah atom
British menghalau Nippon dari Malaya
Melayu digulakan dengan Malayan Union
resah melihat tamadun bangsa
diratah-ratah bangsa penjajah
UMNO lantang mengapikan hak Melayu
Onn Jaafar menyatukan Melayu
Malayan Union tumbang tersungkur.

( ii - 2003 )
tatkala kedaulatan masih di tangan
hari ini
hak Melayu digulakan lagi
dirosakkan atas nama sistem
dirosakkan atas nama persaingan global
suara siapa lagi
akan menyatukan kita.

( iii - 2009 )
ini tentang bangsa kita.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Perumahan Lot 144, Darul Iman
23 Februari 2009.

1 ulasan:

faziz ar berkata...

sdr zul
hakikat sejarah tidak seperti yang kita hafal dalam buku akademik...
hakikat sejarah perlu digali dengan lebih adil, matang dan menyeluruh serta keterbukaan.
bukan di bawah pengawasan satu pihak

Sang penguasa lupa hakikat, mula korupsi, mula kroni
pimpinan bukan lagi amanah tetapi lubuk emas yang mahu diratah...
itu punca masaalah
bila mereka perlahan-lahan lupa tuhan...

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM