Selasa, September 08, 2009

MANUSIA NATRAH


MANUSIA NATRAH

(24 Mac 1937 - 10 Julai 2009)

( i )
perang tidak hanya
merosakkan peta dunia timur dan barat
juga merobek peta hidup manusia Natrah.

( ii )
saat sulit perang parah membunuh kemanusiaan
keluarga manusia terpisah-pisah
melakar liku hidup anak kecil, Natrah.

( iii )
aku manusia Natrah
keliru siapakah ibuku yang sebenarnya mengajari aku hidup
adakah ia - Adeline Hunter atau Che Aminah Mohamad ?
aku manusia Natrah
keliru apakah agamaku yang sebenarnya harus aku tunjangi
adakah ia - Islam atau Khatolik Kristian ?
aku manusia Natrah
keliru manakah rumah hidupku yang selayaknya untukku
adakah ia - Malaya atau Nethderland ?

( iv )
aku manusia Natrah
merobek titik hitam tanah Temasik
dalam panas kebencian 12 Disember 1950
darah titis dari 18 mayat manusia lain yang aku sendiri tidak kenali mereka
darah titis dari 173 cedera manusia lain yang aku sendiri tidak mahu mereka begitu.

( v )
aku manusia Natrah
hanya boneka yang tertarik antara hujah bohong
dalam kamar keadilan yang undang-undangnya
tercipta oleh manusia yang pandai memutar kata-kata mereka sendiri.

( vi )
aku manusia Natrah
keliru mencintai ramai lelaki
yang aku panggil mereka - ayah, suami dan kekasih gelapku ?
aku temui mereka satu per satu
Adrianus Petrus Hertogh,
Mansor Adabi,
Johan Gerardus Wolkenfelt,
Tom Ballermans,
Ben Pichel
semuanya meletakkan pahit jalan hidupku sendiri.

( v )
aku manusia
yang hanya layak dipanggil Natrah
mungkin juga Maria Huberdina Hertogh
hari ini mati oleh leukemia
yang lebih baik dari tukul hakim di kamar keadilan dunia !.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Perumahan Lot 144, Darul Iman
08 September 2009.

12 ulasan:

patungcendana berkata...

:-)...puisi2 fakta...aku tak tau nak komen apa...

adibah berkata...

aku masih ingat zaman sekolah2 dulu, majalah Dewan Masyarakat laku macam goreng pisang panas kerana kisah Natrah nih... dan sekarang.. dia sudah pergi mengadap Penciptanya Yang Maha Agung

abuyon berkata...

salam cikgu,

Peristiwa ini meruntunkan hati
saya, kerana mengingatkan
lemahnya kita mempertahankan
agama, hingga

demikian nasib seorang
saudara

Hey, kepada Tuhan kita
serahkan takdirnya

jebatsari berkata...

natrah, kian terpadam dari lipatan sejarah generasi muda. sajak ini patut dihayati semua.

setiakasih berkata...

Kisah Natrah... mengajar kita banyak perkara. Namun, kenapa ramai mudah sungguh lupa.

Raja Syahrul Helmi berkata...

alamak cikgu... aku pun setuju dgn si patungcendana...

Joojo berkata...

damn...........
salam hangat
joni

ainunL muaiyanah berkata...

oh kisah natrah ini bukankah lebih hebat kisah cintanya berbanding dengan laila majnun?

Kita tergadai seorang muslim kerana undnag-undang barat yang mencengkam negara sendiri

DaliaLiyana berkata...

dalia pun sedih ikut citer natrah ni...
sape yg patut disalahkan??ape langkah dan tindakan kite seterusnye utk memastikan kejadian spt ini tak berulag?

arsaili berkata...

salam...dulu sering saya mengikuti cerita natrah dalam dewan masyarakat kalau tak silap..ya sungguh terkilan. Macam mana puasa saudara?

noorlara berkata...

begitu juga dengan mariam johari, cinta diera perang membawa dia ke Korea namun di saat hayatnya berakhir jasadnya belum dapat disemadikan kerana pertikaian akan status agamanya!

Perang di mana saja jarang -janrang membawa berita gembira, sentiasa sarat dengan derita dan airmata, kecewa dan merana.

Tanpa Nama berkata...

ni patut dimasukkan dalam buku sejarah malaysia ni kasi anak- anak muda (dan tua juga) senang tau dan faham sama sejarah. lebih lebih lagi aku ini. haha

bagus benar.
boleh ditampal dalam antologi buku sastera tingkatan lima. dan kalau, kisah Natrah ini masuk SPM, sajak ini aku selit di buku teks sejarah aku. sebab sudah diringkaskan perjalanan hidupnya si Natrah itu yang buat aku boleh skor menjawab perihal Natrah dalam kertas periksa nanti.

malangnya, aku udah lama tinggalkan sekolah.

tapi tetap, sajak ini aku rujuk berkali- kali kasi aku benar faham perihalnya.

terimakasih ya encik.

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM