Selasa, Oktober 13, 2009

PENJILAT


PENJILAT


tanpa silu saudara
jawab soalan ini
"pernah merasuah ?"
"pernah dimalukan ?"
"pernah rasa terpinggir ?"
"pernah dijatuhi hukum ?".

tahniah saudara
anda selayaknya
mewakili kami
penjilat maruah bangsa !.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kerteh, Darul Iman
12 Oktober 2009.

6 ulasan:

setiakasih berkata...

dia pasti akan berkata:
'Ya.. tak pa..'

'telah jadi budaya belaka'

'meludah dan menjilat kaki noda'

'memalit tahi ke muka jelata'

'yang memilihku merekalah juga'

'kami semua ligat berpesta untuk - para Waybi durjana'

Yang Bergelar Insan Silu Adaka'

Penabahari berkata...

Salam Zul,
Melawat teratak sdr tengahari ini. Terima kasih atas kunjungan ke Arked Waktu

Relevan berkata...

Salam saudara Zul..
Seorang penjilat tanpa berfikir panjang tak kira bersih ke kotor ke..semua dijilatnye..

patungcendana berkata...

salam...En Zul....patung kembali...hehehe

ckLah @xiiinam berkata...

Telah mencerna dan menghadzam yang tersirat di sebalik tersurat....

Yang pasti saya bukan menjilat!

Zanie berkata...

Saudara Zul orang kertehkah?
kalau begitu kita serumpun,
Mahu sangat saya kenali saudara
Pun begitu saya termalu.
Saya wanita kamu lelaki...


Salam,
kerteh.

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM