Jumaat, November 27, 2009

DALAM MALIS SENJA


DALAM MALIS SENJA


( i )
malis senja tiada tertahan lagi
dirayu waktu pergi tak terucapkan
gelap malam kudakap kukuh, jangan pergi
biar hitam - cahaya dari lorong hati membelah
titik demi titik.

( ii )
malis senja, ronamu terlukis
kekal di hati manira.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Chukai, Darul Iman
27 November 2009.

8 ulasan:

Zura Firdaus B. Japri berkata...

masa-masa "Romantis"

Seri berkata...

sesuatu yang indah selalu menjadi kenangan.
semoga sehat sejahtera sekeluarga hendaknya di musim aidil adha ini.

Lily Abdullah berkata...

Kadang untuk memahami puisimu, saya terpaksa merujuk kamus untuk memahami perkataan yang digunakan.

T.kasih kerana membuatkan saya rajin belajar sahabat :)

Al Quds Travel berkata...

Al Quds Travel Welcome You :-

"AL QUDS TRAVEL FAIR 09"
Date : 10,11,12 December 2009
Time : 10.30 am - 10.00 pm
Venue : Ruang Legar KB Mall K.Bharu
Organizer : Al Quds Travel Sdn Bhd
Official Radio : THR Gegar FM
Tel No : 609-747 9999

Diskaun hebat untuk semua
pakej pelancongan!!!

faziz ar berkata...

salam idul adha
satu kenangan yang tak bisa kumengertikan...barangkali..

Tanpa Nama berkata...

ini cantik sekali.
malis itu apa?

ZULKIFLI BIN MOHAMED berkata...

Salam hu sein,

"malis bermaksud pucat".

Tanpa Nama berkata...

terima kasih =)

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM