Sabtu, November 07, 2009

DI ATAS SEJADAH YANG DIAM


DI ATAS SEJADAH YANG DIAM


jalan yang lurus
telah tertulis antara
alif dan ya
kita hanya manusia
mendiami usia yang terlebur.

saat tidur terakhir
ada antara kita menangis
di atas sejadah yang diam.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Marang, Darul Iman
06 November 2009.

19 ulasan:

Joojo berkata...

....
terlalau dalam untuk saya yang awam
hehhe
btw p zulkifli saya mau tanya apa benar ini blognya p zulkifli suaminya tante keke, asal palembang yang tinggal di sekip....????

bokbon berkata...

tapi masih ramai yang ingkar, saat tidur terakhir yang bagaimnalah mahu dipilihnya..

ZULKIFLI BIN MOHAMED berkata...

Salam Joni,

"saya bukan yang Joni maksudkan itu".

faziz ar berkata...

salam saudara zul
kita hendaklah berada digaris yang lurus
sambil memerhatikan sepatu
menggilapnya dari serpihan debu...

Lily Abdullah berkata...

Rupanya saya mencatat cerita yang sama sebelum melihat sajak Zul :)

Barangkali secara kebetulan, kita memikirkan perkara yang sama

Salam sahabat. semoga ceria di hari minggu.

setiakasih berkata...

namun harapannya hati kita jangan pernah diam dari mengingatiNya

tokder berkata...

salam..lama x jengah blog ni.
wahh..lay out baru nih.. satu perubahan.

Wan A. Rafar berkata...

Saya suka sajak ini - puitis dan berisi.

mendewa berkata...

mendiami usia akan lebih bermakna jika diringi dengan muhasabah yang tidak putus-putus

mamamin berkata...

terasa puisi ini titik paling dalam

Sara Musfira berkata...

Nice.

ckLah @xiiinam berkata...

Sejadah yang diam itu telah banyak tahu rahsiaku.....yang selalu merintih, merayu dan meminta dariNya....di separa malam...

arsaili berkata...

salam..teringat kisah sejadah duduk...apa pun moga kita terus memohon kepadaNya dengan bersaksikan sejadah diam

zuraima berkata...

ini antara puisi terindah walaupun ringkas. terpegun saya. tahniah tuan!

Abam Kie berkata...

Salam ziarah. Blog anda sgt menarik. Jemputlah dtg ke blog saya pula. Jom kita saling jadi follower? Nak tak?

Thanks.
Zuki
(zukidin.blogspot.com)

ZULKIFLI BIN MOHAMED berkata...

Salam saudara Zuki,


"silakan, terima kasih".

Mohamad Farez Abdul Karim berkata...

kita diam, sejadah turut diam.

dalam diam itu kita makin selalu lebur ke dalam.


apa khabar bapak? :)

Tun Boja Bistara berkata...

dah lama xkunjung ke sini, dah banyak perubahan patik tengok.

fatah85 berkata...

andai kata sejadah tu boleh berkata.

akan dia kata,
"pergi jahanam kau manusia celaka."

mungkin juga dia akan kata,
"taubatlah hamba yang tercinta."

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM