( i )
dalam diam
didampingi sunyi
aku temui malam.
( ii )
selembut hati
kutadahkan sepasang
tangan yang hina ini
aku mohonkan usia
yang tersisa dalam kalendar
diri - membentuk aku yang
lebih sempurna.
( iii )
kerana aku manusia
dalam senafas
sejuta dosa menadah !.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Ibok, Darul Iman
28 November 2009.
10 ulasan:
salam idul adha
bertemu kembali dalam dunia penulisan puisi.
terkesan membaca puisi doa mu ini...
kerana aku manusia
dalam senafas
sejuta dosa menadah !.
suka rangkap itu.
salam aidiladha untuk en zul dan keluarga. :-)
Berdoalah kerana doa sebaik-bauik senjata mukmin
salam cikgu,
Doa, antara kita dengan
Tuhan, biarlah faham
Ke guane :)
dan semoga tiap doa dari nafas itu termakbul
Salam sdr Zul,
I love the contradiction or if you may, the irony of 'kutadah tangan' and 'sejuta dosa menadah' (Though I personally think the latter is better suit with 'terbentang' or the like)
Or probably I was mistaken; it is an intended nagetive parallelism - in asking and doing/act - 'cakap tak serupa bikin'. Praying for time and yet not to repent but to sin and to err.
Semoga dipermudahkan segala urusan. Doa adalah jalan usaha. selebihnya kita tawakal kepada-Nya. salam puisi.
Sdr Zul,
Saya suka rangkap ini:
dalam diam
didampingi sunyi
aku temui malam.
Teruslah berkarya. Salam.
Salam ziarah.....cikgu!
doa adalah satu pengharapan yang diyakini akan dimakhbul oleh tuhan...
Catat Ulasan