( i )
dalam rakus hidup yang terluka
ramai mencari Tuhannya
mencari dalam ruang merkah
terpalit seluruh nafsu
akal kadangnya setapak cuma
maka Tuhan yang dicari
dijumpai pada daratan keliru
berbasahan lautan nista.
( ii )
mana Tuhanmu ?
aku tidak layak menjawab untukmu.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kuala Terengganu, Darul Iman
12 Disember 2009.
9 ulasan:
Salam sdr Zul,
Bantulah "dia" mengenali Tuhan agar bebas dari kesesatan yang berterusan.
Bantulah aku....
aku keliru.
salam sdr zul
mencari tuhan jangan hanya berlandaskan akal sahaja
kerna ada batas pada akal
sementara tuhan Maha Luas Arashnya..
hendaklah mencari tuhan dengan
Kitabnya dan panduan pesuruhNya..
jika dengan yang lain
pasti Tuhan tidak kau ketemui...
salam
sebagai pencari sesuatu aq rase mencari tuhan adalah perkara yg plg mudah di cari tp sukar dtemui..
hanya mrk yg bnr2 ykn dgn kekuasaanNya yg bakal menemuiNya..
ape pn Dia yg mncpta kita maka sbgai hmbaNya kte perlukan iman utk menemuiNya...
tanyalah gumpalan hatimu.
disitulah keberadaaan Tuhan.
maka sentapkanlah.
maka sentuhkanlah.
hati-hati pendosa.
sebab sebelum roh ditiup ke jasad.
hati manusia sudahpun menyumpah Tuhan itulah Tuhan yang Esa.
perjuangkanlah.
jual Tuhan.
melalui rasa hati.
salam tuan mulia.
puisinya sangat mengopek minda.
heee. aku suka lagumu berjalan seiring puisimu
:)
aku tahu maksud jalannya,
sesaat yg hasil itulah pintunya.
Dan Tuhan itu tidak pernah sinis dengan hambaNya..
Carilah cintaNya...Kerana DIA sentiasa ada untuk kita...
:)
...seperti juga aku yang tidak pernah layak untuk menyoal..
* Awan
Catat Ulasan