Sabtu, Disember 05, 2009

SEORANG PEREMPUAN DI PELABUHAN ( v )


SEORANG PEREMPUAN DI PELABUHAN ( v )

gelora ombak adalah hayatku
berderai pecah dalam ruang tak bertanda
nyanyian camar adalah laguku
mengutip seluruh kata-kata yang tertunda
amuk angin adalah batinku
memukul satu-satunya kenangan yang ada.

untukmu nahkoda hatiku - "mencintaimu adalah duri"
tertulis kata-kata ini di kayuan pelabuhan
yang sama-sama kita hadir ke sini (suatu waktu dahulu)
mungkin segalanya telah terlepas dalam hari-harimu kini.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Chukai, Darul Iman
05 Disember 2009.

9 ulasan:

tokder berkata...

selamat bercuti cg..

setiakasih berkata...

mungkinkah aku terlalu asyik
atau mungkinkah aku terlalu setia
pada pelabuhan yang kayuannya
telah terukir kata-kata itu

mencintaimu adalah satu-satunya dendamku
buatku tidak mampu
memikirkan yang lain
kecuali kamu dan pelabuhan kenangan

mungkin memang kental jiwamu merentas samudera ganas
mungkin memang aku panasaran
mengemudi hati ke arah kompasmu mengarah
mengiringmu sesetia lelumba
menghadirkan diri akrab
bagai air laut yang mengapung kapalmu
tidak pernah hasratku menenggelam
walau laluanmu membelah dadaku
aku redha kerana kasih kita

tanpa gelora
hidup tidak bermakna
tanpa kata-kata
harapan akan tinggal harapan
tanpa batin
memiliki bukan sudah punya seluruhnya.

ngilu
mengenangkan kamu
benci
diriku sendiri-pernah
tanpa yakin
segalanya tertangguh
tanpa kamu
segala yang indah
kehilangan erti.

berkucuran hujan rasa
membasahi sahara hati
lewat masa akan reda
ribut jiwa
itu- entah bila?

tanda namamu
kupaterikan dengan keyakinan
di dada kapalmu
agar tiap kali kamu berlabuh
aku tahu di mana kamu
agar tenang hatiku
walau aku tidak mungkin dapat menyentuhmu
melihat itupun
lapang dadaku
petanda selamat pelayaranmu

aku
nyata dilanda
kerinduan
tiada berbalasan
ah!
detak sedarku begitu menyakitkan
tapi rasa puas
-menghairankan

anakmuaallaf berkata...

salam,
best blog ni jiwang dan mendayu-dayu.Insyaallah kita akan datang lagi mencari ayat-ayat cinta.

Penabahari berkata...

Dapat juga saya rasakan keperitan yg sdr tempuhi bersama dia....perempuan di pelabuhan. Mungkin dia perlu dilupai untuk menghilangkan rasa perit ini, namun keperitan itu adalah kenangan yang akan pasti tinggal kekal.

abuyon berkata...

salam cikgu,

Kata-kata ini '- mencintaimu adalah duri' telah menikam hatiku

mamamin berkata...

hurmm..
mama sgt rindu dengan kota puisi, tapi agak bermalas-malas lately..

selamat bercuti dan tq berkunjung blog mama..

AAR berkata...

" Disini, di dalam puisi ini kukatakan saja
bahawa aku telah titik dan selesai
saat kau sebut itulah perpisahan.

Pergilah aku maafkanmu
tapi jangan sesekali menoleh kesini lagi.."




* Awan

mirachantek berkata...

begitu puitis.

mamawana berkata...

Teringat....Nostalgia
Di mana puisi ku
Tentang perempuan di sebuah pelabuhan
Nanti ku cari dlm koleksi fail2 lama ku
Tunggu........

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM