SESAT DALAM RINDU
kaki garisan telah dirempuh
tertinggal di belakang hanyalah
suram kotak-kotak kenangan
sesekali rindu ini membunuh
ruang-ruang yang berbaki.
sesat yang berulang
membunuh berkali-kali.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kuantan, Darul Makmur
19 Disember 2009.
7 ulasan:
ada apa dengan puisimu ini?
sempurna, amat sempurna.
* Awan
Cool!
salam cikgu,
soal hati, hanya yang rasa
mengerti
soal hati, sampai bila-bila
tak luput kalau hati
masih berdenyut,
kalau hati tak
mati
Rindu itu sakitnya tidak terkira
pedih pilu resah dan duka,
umpama lorong suram yg tiada penghujungnya. Hati menjerit namun tiada siapa yang mendengarnya
jiwa merintih tiada siapa yang mengetahuinya. Rindu itu candu cinta yang merbahaya!
biarkan rindu itu pergi
Salam Zul,
Apa khabar pagi ini...semoga bahagia.
salam puisi cikgu
andai rindu adalah semalam
maka ingat adalah hari ini
dalam suatu hari bernama esok
Catat Ulasan