Sabtu, Januari 30, 2010

SAYA TABIK UNTUK SAUDARA


SAYA TABIK UNTUK SAUDARA
(ketika berhenti antara lampu isyarat itu)

saudaraku
tanpa segan saudara menyapu setiap zarah sampah
dari hujung tiang lampu isyarat di mana mata manusia
langsung tidak memandang dengan jujur
terik cahaya membakar kesabaran saudara
tanpa perlu sembunyikan wajah diri
terus menyapu zarah kotor yang terbuang
dari tingkap dan tangan manusia yang enggan melihat
siapa diri saudara.

saya tabik untuk saudara.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Chukai, Darul Iman
30 Januari 2010.

11 ulasan:

setiakasih berkata...

Salam.. aku juga berasa begitu.

Tanpa mereka, tidak tergambar betapa kotornya jalan-jalan kehidupan kita... tika berada di persimpangan.

wahyudi my berkata...

salam, saudara zul.

terima kasih krn sering mampir di kotak saya. Semoga kita bisa terus bersulang puisi.

Idalara berkata...

biasanya bangsa kita jrg mahu bekerja gitu...kebnyakannya pendatang atau bngsa lain..

patungcendana berkata...

:-)

re:...enggang itu menyerikan tiang lampu...:-D

kelompen berkata...

salam zul
dengan keringat mereka
kita menjadi selesa
tanpa mereka
kita buta..

faziz ar berkata...

satu penghayatan yang menyedarkan

Riesna Zasly berkata...

bukan semua orang mampu bekerja seikhlas begitu...
terutamanya berbuat sepenuh hati dan setulus jujur...

abuyon berkata...

salam cikgu,

sungguh, mencari rezeki yang
halal itu nikmat

meski orang memandang, kita apa
peduli kalau kita tahu Allah
yang memandang

Moga-moga Allah memandang
kita-kita semua ini

Moga-moga!

Zawawi Aziz berkata...

"seorang mb selangor menghadiahkan sebatang penyapu kepada bos perbandaran, mungkin kerana anak-buahnya tak rajin bekerja. Ada kontradiksi dalam puisi ini, ku terkenang dari satu sudut lain, maaf"

Mohamad Farez Abdul Karim berkata...

salam bapak,

saya tabik untuk semua mereka yang ikhlas berbuat sesuatu, tanpa meminta nama dan perkara yang berlebihan. Namun, menerima upah perlu kerana kita manusia biasa. :)

fatah85 berkata...

kagum.

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM