Jumaat, September 10, 2010

HALAMAN SYAWAL


HALAMAN SYAWAL

Tuhan memberi tanpa henti
pagi ini rahmatMu tersusun
dalam derai hujan pagi
dan sejuk memeluk ruang
aku bertambah tua dalam
detik-detik yang semakin deras nadinya
kepada yang sering ada di ruang diri
maafkan aku
jika khilaf itu
adalah diri aku.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Chukai, Darul Iman
10 September 2010.

6 ulasan:

mamawana berkata...

Salam idilfitri

Simple and nice.

Let me share sumthin

Malam QIAM
Guruh itu mungkin
menegur diriku
untuk luruskan saf saf
bertemu bahu dgn bahu

Dan renyai hujan malam QIAM
membisik di cuping hatiku
Betapa kolam insaf
Mula melaut dlm sebak

Tuhanku
Aku berdosa, lalai dan alpa
Dan di malam Syawal
Ya Rabb..
Panjangkan umurku untuk terus beribadat kpd MU
Sihatkan urat nadi tubuh ku
Utk aku beribadat kpd MU
Limpah ruahkan rezekiku utk aku bersedekah jariah demiMU

Malam QIAM di bulan Ramadhan
Mungkinkah bertamu dlm umur panjangku?

Norgadis berkata...

Puisi yang indah...

Bunga Rampai berkata...

Salam Aidilfitri Sdr. Zul, maaf zahir dan batin :)

Maiyah berkata...

singgah raya :)

Idalara berkata...

salam sdr zul..agak lama sy tak singgah di sini..
Selamat menyambut Aidil Fitri..muga bahagia sentiasa.

Puspa Cendana berkata...

Salam syawal Zul..
maaf zahir batin...pc

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM