Khamis, Julai 07, 2011

BAHASA KITA


BAHASA KITA
(baca bersama ruangan Sastera dalam BERITA HARIAN hari ini, 07 Julai 2011)

terima kasih Dr. Collins
belajar bahasa kami
bertutur bahasa kami
menegur tentang bahasa kami.

malunya aku ini
melihat dasar kepimpinan kami
tentang bahasa Melayu kami ini.

malunya aku ini
bila politikus kami
tanpa segan berbahasa Inggeris fasih
melebihi bahasa ibuanda sendiri
saat berkomentar dalam berita-berita
berbahasa kami.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
07 Julai 2011.

5 ulasan:

toyolkiut berkata...

kenapa bahasa ibunda kita tidak di aplikasikan dalam pelbagai bidang ye. matematik pun di ajar dalam bahasa lain.
pelik kan?
istilah bahasa kita tidak tepat dan tidak boleh diguna pakai ke?

setiakasih berkata...

Salam.

Pedas, namun tak masih cukup.
Perlu demam 'Kuning'?

harita berkata...

entah mungkin mereka merasakan bahasa kita ketinggalan zaman .

baca entri ini
http://athirahshariffudin.blogspot.com/2011/07/kau-kata-kau-sayangkan-bangsa-melayu.htmlso

ghost berkata...

sudah melihat pertandingan pidato bahasa melayu se-antarabangsa...?

mereka berusaha kita ketawa.

Unknown berkata...

blogwalking

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM