Jumaat, April 24, 2009

HALUS TIADA TAMPAK


HALUS TIADA TAMPAK


di balik kekisi jendela
rintik hujan menangis
menyuburkan kesedihan dari dalam
halus tiada tampak.
merunduk duka
di antara dedaun pohon kenangan
becak ke lantai kersang
melumpurkan harapan punah.
rintik demi rintik
terbuang begitu sahaja
berlarian di longkang-longkang hidup,
kehilangan arah
penuh keliru
penuh celaru.

ZULKIFLI MOHAMED
Lurah Bilut, Darul Makmur
01 November 1999.

7 ulasan:

Ms. Nadia berkata...

tahukah anda bahawa anda boleh mendapatkan pendapatan yang lumayan setiap minggu? hanya dengan berada di hadapan komputer, anda boleh menjadikan impian itu sebagai kenyataan. selamat menerokai dunia business Vemma di: http://myjusvemmabiz.blogspot.com/

Steven berkata...

aku suka puisimu. sangat tegas namun menawarkan banyak imajinasi. hehehe.

iman daud berkata...

salam zulkifli.. terima kasih atas kunjungan saudara.. terus timbul rasa rendah diri setelah dikunjung orang lama dalam blog TINTA IMAN yang masih lagi mentah

Mak Su berkata...

salam kenal, salam ziarah.

Penabahari berkata...

Salam sdr Zulkifli,
Terima kasih kerana berkunjung di Segara Puisi Penabahari. Senang sekali singgah di blog sdr yg dihiasi puisi-puisi yg bagus-bagus belaka.
Salam persahabatan

rozais al-anamy berkata...

Zek,
Puisi ini sangat menyentuh kalbu. Terasa seolah-olah berada dalam suasana itu.

Dan gugur hujan sentiasa ingin menyatu dengan derai air mataku.

maslia berkata...

salam ukhwah.terima kasih diatas kunjungan saudara keblog saya.puisi yg sungguh indah,menyentuh hati dan perasaan..tk.

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM