seorang isteri
adalah sekeping cermin
dalam rumah hidup.
di hadapannya hadir anak-anak
dari cinta yang ranum
mengarcakan pertarungan nafas hidup
dalam tangan-tangan hari yang kasar.
di hadapannya hadir manusia-manusia sasau
dari rasuk yang setan
menguji panah-panah berapi
dalam tangan-tangan hari yang kasar.
hari ini, esok dan hari-hari
yang tiada kelihatan
jangan dicalarkan
sekeping cermin dalam rumah hidup ini.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Bentong, Darul Makmur
25 Disember 1999.
14 ulasan:
Pok memang suke bace puisi-puisi hok cikgu Zul tulis ni. Amat puitis sekali. Tahniah, teruskang berkarya.
bagaimana ya jika hidup bersama isteri????
puisi2 yg menarik..lagu kat blog pn sedap..pe ntah tajuk nye n penyanyi..^_^
asik. aku berkunjung membacamu.
salam sastra.
suka puisi2 awak... sy juga suka berkarya... banyak juga yg tersiar di dewan sastera n majalah tempatan... keep n touch k... bye
salam kujungan balas..
indah skali puisi² yg ditulis oleh incik.. keep it up..
Salam kunjungan balas,
Baru saya tahu tentang saudara..
hebat juga puisi2 ni, kebetulan saya pun minat puisi2 ni..baru2 ni di UM ada diadakan malam puisi dan dihadiri oleh pemuisi seprti Lim Swee Tin, allahyarham Zubir Ali dan beberapa lagi..saya link kan ke blog saya supaya senang saya kunjungi lagi di laman ini..blog sy hanyalah catatan peribadi..terima kasih berkunjung..:)
Selamat berkarya,memartabatkan lagi bahasa ibunda Malaysia..
=) salam kunjungan jgk.
best2 karya awk. ade x puisi tentang BULAN? hehe... teruskn berkarya =)
Salam petang,
Saya berdoa agar bisa jadi cermin yang dipusikan :)
T/kasih kerana ke laman saya dan memberikan komentar yang membina sahabat :)
Salam kunjungan balas..selamat berkarya ye..bukan ramai org dianugerah pandai berpuisi, menyusun kata2 indah mcm ni :)
kalau isteri cermin, suami pula apa? =) salam kunjung daripada yus_anakmelayu
benar sekali ini =)
teringat ibu saya di rumah
mmm..nk kata aku faham..tp aku x faham..nk kata x faham.. aku faham rasanya..hahaha..salam bro
uwah. walaupun saya belum seorang isteri, tapi saya yakin terpegun isteri isteri membaca :)
Catat Ulasan