Ahad, Jun 28, 2009

SISI HIDUP


SISI HIDUP


( i )
sumbingnya hidup
melihat anak-anak kecil mengutip nasib
di celah sampah menjadikan tin untuk syiling duit
meratah ibu tua meniduri debu malu di kaki pasar malam
meraba wang di dalam simpati senyum tawar manusia lapar
membunuh maruah diri lelaki di tepi pintu bank kapitalis untung
bergendang dendang lagu hidup dalam sumbang nyanyian untuk makan.

( ii )
sumbingnya diri
membilang anak-anak kecil
menghitung ibu tua
dan lelaki yang dibunuh mimpi hidup.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kuala Terengganu, Darul Iman
11 April 2008.

12 ulasan:

faziz ar berkata...

salam sdr zul
kukira puisi kau kali ini adalah pemerhati gerak sosial..bahawa dalam rentak hidup terdapat insan marhein yang perlu dibantu..ditunjukkan jalan..demi kemanusiaan

zaidharis berkata...

tangan ada dua,
kaki ada dua.

melepak,
dunia,
mudah untuk menagih simpati,
seringgit,
cukup untuk beli roti.

yang peliknya,
balik bersama teksi.

Zura Firdaus B. Japri berkata...

kadang2 bila membaca puisi anda, saya melihat ada kesamaan perasaan puisi seperti chairil anwar! hahaha

noorlara berkata...

hahahahahha hahahha
itu harga 50 tahun negara merdeka, pribumi masih ramai merempat, yg senang yg mewah dan yg megah siapa?
hahahahaha ahahahhaa bukan sebab suka, tapi keliru dan tak bisa perbuat apa-apa

Penabahari berkata...

Saya sentiasa kagum menghayati isu yg dibangkitkan sdr dalam puisi- puisi sdr.
Salam sastera

sue-ab berkata...

70 3 pintu
70 3 jalan
yang sampai hanya 1 jalan
ditelapak kaki wujud nyawa
telapak milik sang algojo...
anak anak gagal pilih hidup
sang ibu hanya menunggu 1 jalan
hanya 2 persoalan..
kita ingat Dia
kita jgn lupa Dia
tiada pilihan lagi...pasrah

Dari ...aku
ada komen?heheh

... berkata...

slm kunjungan balas.. moga ceria mlm ni...

Cikgu Chun berkata...

Negara sudah lama merdeka
Tapi masih ramai yg lapar dahaga
Pemimpin saling silih berganti
Tapi masih ramai yg memerlukan tagih simpati.

Hulur sana hulur sini
Tapi berapa ramai yg beri?
Anak dalam pangkuan dikerumuni lalat
Tapi tiada siapa yg ambil berat...

*Tepuk dada tanya selera...

patungcendana berkata...

apabila anak2 kecil terpaksa mengutip nasib

dan tidur ibu tua hanya berselimut pekat malam

juga untung bank kapitalis lebih berharga dari maruah lelaki

waktu itu...
aku malu digelar manusia

Wolfis Black berkata...

bagus tulisan kamu..:)

LavENDer Wind berkata...

aku hadiahkan penghuni jalan itu doa-doa
cukupkah buat mereka hidup
kenyangkah perut yang lapar
aku tiada kudrat mahu beri ringgit pada semua
maafka aku kalau kadang hanya lalu saja
namun aku titipkan doa
agar mereka berbahagia
Tuhan Maha Kuasa
mereka tersenyum simpul membilang helaian ringit dan susunan syiling
tidak seperti aku dan mereka yang sewaktu
masih tercari-cari sudut gembira
dalam sibuk dunia
masih tak bersyukur dengan nikmatNya
bersyukur lupa

Tanpa Nama berkata...

jangan kita dikabur bayang gelap yang mudah meratah rezki tanpa keringat,

sejahtera kamu.

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM