( i )
membaca itu berat
belajar itu payah
mendengar itu sukar.
main-main ringan
suka-suka mudah
cakap-cakap biasa.
( ii )
hidup setakat hari ini
esok biarlah.
kawan-kawan yang lain
hidup juga tanpa sijil.
cikgu janganlah nasihat lebih-lebih
mak ayah kami tak kecoh pun.
( iii )
tak lama pun
ambillah sepuluh tahun lagi wahai anak-anak
jika kamu dipanjangkan umur
tahulah kelak
langit kalian itu tidak secerah hari ini
cikgu doakan kalian jumpa jalan hidup.
ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
03 September 2008.
9 ulasan:
salam puisi.
bahagia kenal cikgu.
terimakasih
u translated the minds and the hearts of the teachers... Amin
Peringatan jujur dari seorang insan pensdidik yang mulia. Salam persahabatan.
oh
sangat terharu
salam
pelajar...kau dengar
ini suara gurumu
pesannya
jangan kau ambil jalan mudah untuk mudah
bahawa hidup adalah perjuangan
hanya yang berusaha saja yang berjaya...kau perlu dengar hai pelajar
Kalau berguru kepalang ajar...
Bagai bunga kembang tak jadi...
nasihat yang penuh erti buat para pelajar. tapi mendidik murid ni banyak cabaran dan dugaan apatah lagi zaman sekarang.
salam ziarah..
comey la poem ni..simple but padat ngan msg
betul2 tu sgala nasihat ckgu nak kte jadi org yg berjaya
Salam Sdr. Zul,
Is it save to assume that this poem was penned during one of your upset and lousy -do-I-really_care-its-your-life-anyway- moments with those kids.
Hang in there; they'll come around. I sense a ray of hope and doa in the poem though...
Catat Ulasan