Isnin, Ogos 10, 2009

SURAT-SURAT MENJELANG OGOS ( ii )


SURAT-SURAT MENJELANG OGOS ( ii )


( surat 1 )
02 Jun 2009,
ke hadapan penduduk sekitar Bandar Raya Persisiran Sungai
adakah kalian merasa lucu atau hairan
melihat bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu
tiba-tiba mencium tanah ketika pagi hari belum meninggikan diri ?
tidakkah haru dan malu
jika bumbung yang sama jatuh ke atas kepala Perdana Menteri dan Menteri Besar
sewaktu menjadikan tempat itu gelanggang Sukan Malaysia sedikit masa dahulu ?
salah siapakah ini
dah hampir 52 tahun merdeka bangsa kita belum pandai
membina bumbungkah ?.

s.k.
Pengarah Jabatan Kerja Raya Cawangan Terengganu,
Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

( surat 2 )
18 Julai 2009,
ke hadapan rakyat Malaysia yang meminati sukan bola sepak
bangga sungguh kalian menyaksikan Siri Jelajah Asia 2009 lalu
mana tidaknya ribuan manusia Malaysia serbu
perlawanan Malaysia dan Manchester United
paling meriah orang-orang kita berbaju merah mengalahkan fanatik
di negara British itu sendiri
tidak berbaju kuning atau biru
aduh, rendahnya jati diri kalian !
walau pun tahun ini kita akan menyambut 52 tahun merdeka.

s.k.
Persatuan Bola Sepak Malaysia,
Persatuan Bola Sepak Setiap Negeri.

( surat 3 )
06 Ogos 2009,
ke hadapan rakyat Malaysia yang berada berhampiran sempadan
selalukah nampak lori-lori besar bawa muatan gula kita ke negara jiran ?
dalam berita televisyen, internet dan akhbar harian
isu kekurangan gula timbul lagi
wartawan televisyen temubual peniaga di sempadan jiran
dengan bangganya mereka tunjukkan gula pasir dari negara kita
di sana RM 2.50 sekilo
di sini RM 1.45 sekilo
baik hantar ke sana banyak-banyak, cepat kaya untung besar !
aduh, jati diri kita hanya dibezakan untung besar dan kaya cepat
malu sungguh untuk menyambut 52 tahun merdeka untuk Malaysia.

s.k.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,
Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Kemaman, Darul Iman
09 Ogos 2009.

10 ulasan:

cahaya malam berkata...

salam..

rasa-rasa dapt balas x surat2 nie?

;)

faziz ar berkata...

salam sdr zul
menikmati tiga suratmu kali ini
sukar dimengerti
dimana silapnya kita
setelah 52 tahun merdeka
apakah kita rakyatnya dipersalahkan tidak mahu pada perubahan
bahawa perubahan sangat ditakuti
lantas kita mengikut rentak mereka yang dipersada bangsawan itu?
bahawa jika mereka tiada lagi jadi penguasa maka kita seluruhnya akan rugi
benarkah begitu?

LavENDer Wind berkata...

sepucuk Surat beralamat tiada ...


52 tahun umur itu
adalah umur kanak-kanak yang lahir
31 ogos 1957
anak kelahiran merdeka
yang dibajai manja
di tangan-tangan kan
kerna terlalu sayang
anak ini lahir atas perih lelah
ibubapa lewat pra penjajah
dulu mereka hidup sudah cukup susah
bergelut ketakutan kegelapan
berkeringat merancang pergerakan
berlapar menanti sinar
bertangisan bersama darah saudara dan teman
hidup waktu itu mimpi ngeri kejutan setiap malam
tapi kini telah Merdeka
waktu sukar itu
adalah waktu mereka dulu
supaya kini
anak-anak senang hidup
akan sentiasa dibelai kasih
jangan lah menangis
jangan terluka
jangan ada calar badannya
tertawalah dan terus bermain
sepuasnya...
puas hati melihat anak-anak itu
membesar dangan segala segi kesenangan

52 tahun
lewat usia ini
anak-anak itu terlalu sangat diberi
itu dan ini
hingga tidak tahu berdikari
bila tidak kenal sakit
sedikit luka mereka rebah
bila tidak mengenal takut
mereka hilang kekuatan
bila hidup mudah
mereka alpa
mereka lupa
asyik mahu yang senang-senang saja

52 tahun usia itu
masih bertatih
apakah perlu tunggu 50 tahun lagi
untuk berjalan berlari ...
atau,
masihkah ada kesempatan itu...?

...

abuyon berkata...

Salam Cikgu,

Merdeka,
Tiada surat dariku
untukmu

Kerana pena ini
masih terjajah

Sifu KaiZen berkata...

atas nama apakah kita merdeka?...
dgn apakah kita merdeka?...
maksud apakah kita merdeka?...
jika ditanya kepada generasi kini...
persoalan itu bakal kembali kpd yg bertanya...

Cikgu Chun berkata...

Kita tanya diri kita sendiri, kita tengok dengan mata kita sendiri apa itu erti kemerdekaan dan sejauh mana kita sudah merdeka. Jangan tanya org, kalau kita asyik tanya org, sampai bila2 pun kita tidak akan merdeka. Lebih2 lg bila kita tertanya pada org POLITIK, sah sampai bila kita tidak akan merdeka!.

Selamat menyambut hari kemerdekaan lagi. Semoga kita benar2 merdeka....

Tanpa Nama berkata...

Salam Zulkifli Mohamed.

Ini juga kunjungan pertama kesini.

Bagus tulisannya. Insya-ALLAH, akan selalu kesini juga.

Salam perkenalan.

=)

ahya_ijja berkata...

ketidakpuasan suara2 yang dibawah..khusus untuk mereka yang ada di atas2..

Tapi adakah mereka mengerti hati rasa kita orang bawahan??

Tanpa Nama berkata...

saya baca ini sambil senyum sorang sorang. suka ini.

BUJANG SUSAH berkata...

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..
Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan.. tengok jgn x tengok.. sila
klik disini.

Blog anda bagus..!!! Teruskan menulis.. dan semoga sejahtera sentiasa.
wassalam

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM