bagaimana ingin kulukiskan gambaran kegembiraan Syawal ini kerana di dada kanvasnya aku melihat merahnya luka luka di jari luka di hati luka di lebuh raya luka di saku.
ZULKIFLI BIN MOHAMED Kuala Terengganu, Darul Iman 23 September 2009.
luka-luka yang ada melukis parut di hati kita buat kita sentiasa ingat apa yang kita ada dan bakal tiada perlu perancangan dalam semuanya pasti dengan izinNya jua luka-luka itu memberi lebih nyawa kepada jiwa memberi lebih kental kepada raga
Zul.. berbahagialah dalam bulan mulia ada yang lain yang lebih terluka dari segala luka.
Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.
12 ulasan:
luka-luka yang ada
melukis parut di hati kita
buat kita sentiasa ingat
apa yang kita ada
dan bakal tiada
perlu perancangan
dalam semuanya
pasti dengan izinNya jua
luka-luka itu
memberi lebih nyawa kepada jiwa
memberi lebih kental kepada raga
Zul..
berbahagialah dalam bulan mulia
ada yang lain
yang lebih terluka
dari segala luka.
mcm2 berlaku kan?haih.
salam cikgu,
Sabek itulah, kita bertakbir
raya sambil mengalirkan
airmata
Ke guane :)
Dok dang nok gi ghumah cikgu, lelah jjalang dok ilang agi, baru balik seminggu rraya di kapong orang
ghumah
Saudara Zul,
Syawal tetap memberi makna
kegembiraan ayahbonda
kerana anakcucu keliling mereka
kegembiraan anak-anak
berpakaian baru dan mendapat duit raya
kegembiraan bagi yg berpuasa
yg berlipatganda ibadahnya
Syawal kemenagan kepada sebuah
perjuangan mengalahkan nafsu
kekadang enggan mengenang yg terluka
tak sanggup rasa terdera
berdoa je le
agar perkara tu dapat direda
salam syawal.
Hariraya..seribu satu rasa
seribu satu cerita..
yang tak dap[at dizahirkan
dengan kata2.
Syawal di rumah baru ya cikgu Zul...
Salam Aidil Fitri.
Begitulah saban kali lebaran
Selalu leka dan tidak mahu ambil iktibar daripada kejadian yang berulang-ulang
Akibatnya luka-luka yang saudra nyatakan menjadi lara dan sesalan sesudahnya
luka di mana mana
hinggakan terkadang
salam itu jadi amat hambar
damai itu jadi amat sengsara
parut itu berbekam
hingga bila-bila
payah ditafsirkan
payah dilukiskan
payah dinyatakan
payah dimaafkan
luka itu sebenarnya
cuai siapa lalai siapa
kenapa mesti kita
dilemparkan derita.
"luka di saku" ...comelnyerr hehehee
Maseh beraya lagi ker?
luka di perut?
Salam Aidilfitri Sdr Zul, maaf zahir batin.
En zul : Memang tak dapat melukis syawal kalau warna yang kita lihat adalah merah sahaja.. :)
Catat Ulasan