Jumaat, November 13, 2009

DR. HENRY, SEEKOR ANJING


DR. HENRY, SEEKOR ANJING

(harus dibaca dengan DEWAN BUDAYA, November 2009 halaman 46 - 48)

jangan ketawa, jangan dengki
aku Dr. Henry
PhD pengkhususan sumber manusia dan sosiologi
mempelajari kajian gander, sosiologi pengurusan
membidangi sumber manusia dan pentadbiran
menguasai komunikasi tempat kerja
hanya kerana seorang tuan - manusia yang membayarkan 20 ribu
bersamaan wang yang menguasai kebodohan juga milik manusia.

aku Dr. Henry, kalau cuma seekor anjing
siapa dalam kalangan manusia
ingin diuruskan oleh seekor Dr. pengkhususan sumber manusia ?.

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Chukai, Darul Iman
12 November 2009.

5 ulasan:

setiakasih berkata...

salam.. kes beli PhD ke nih?

zuraima berkata...

tajam benar belatinya... salam.

Lily Abdullah berkata...

Dahulu barangkali manusia cuma ingin membeli cinta.

Kini mahu membeli kebijaksanaan(atau kebodohan barangkali..?)

Seri berkata...

wah begitu sekali tajam puisinya. siapa yang makan lada dialah yang terasa pedasnya. harap institusi kita tak akan melibatkan diri dalam perbuatan keji ini.

iman daud berkata...

benar kata orang.. setajam-tajam hujung mata pedang, tajam lagi hujung pena

HAK CIPTA TERPELIHARA ZULKIFLI BIN MOHAMED

Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, Zulkifli bin Mohamed. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.

PUISI PALING BANYAK BACAANNYA OLEH UMUM